Senyum adalah sedekah. Senyum juga membawa bahagia dan membawa seribu makna.
Senyum kepada sesiapa sahaja. Sedar atau tidak, ia baik untuk diri anda. Ia juga memotivasikan diri anda secara tak langsung.
Dari segi luaran, senyum membuatkan diri anda di senangi oleh sesiapa sahaja. Senyum kegirangan yang terpancar dari wajah anda akan mempengaruhi orang lain dan mereka juga akan turut bersama jadi gembira dan jadi “penyenyum” bila melihat bibir Anda yang sentiasa mengukir senyum. Mereka akan bertanya, apa rahsia?
Apa jadi kalau anda asyik memuncung? Pasti orang lain kata, “oh.. dia tu ada yang tak kena hari ni”.
Selalunya bila ini terjadi orang di sekeliling Anda akan menjauh dan tak nak mengacau. Silap haribulan hangin satu badan, lebih baik diorang jangan cari susah.
Mana satu yang Anda nak, ceria atau nak murung saja? Ini satu situasi yang tak baik dan tak bermotivasi.. prestasi kerja Anda juga menurun dibuatnya kalau asyik memuncung. Tak percaya? Cubalah, pasti tak bersemangat nak buat kerja.
Senyum membuatkan anda rasa bersemangat. Jika anda di landa masalah dan dilanda stress, cuba cari ketenangan dengan mengambil udara segar atau bercakap-cakap dengan kengkawan. Jangan luah apa-apa masalah terleibih dahulu sebab tak semua orang suka mendengar masalah Anda.
Bahkan, mereka akan mengelak dari mendengar masalah Anda tu.
Cuba cerita hal lain, pasal bola ke, Manchester United kalah semalam ke, Christiano Ronaldo dapat hadiah ke atau .. “ui, aku kenalan ngan awek baru malam tadi, cun woo!” ke.. atau cerita pasal games terbaru mahupun layuot blog yang terbaru. Cara lain, pergi ke gym dari cari guni pasir, tumbuk sehabis daya untuk lepaskan kegeraman anda. Puas?
Bagi orang lelaki, nak jadi lebih hensem kat ofis atau kat mana-manapun, jadilah seorang “penyenyum”.. senyum pada sesiapa saja semata-mata nak menggembirakan diri dengan berlakon senyum, lama-lama anda akan sentiasa senyum dan turu sama membuatkan orang lain mahu tersenyum.
Diorang heran? diorang komplen? Biarkan, kerana mereka akan bertanya sendiri mengapa mereka tak jadi penyenyum macam Anda.
Anda takkan rugi apa-apa dan takkan keluar duit sesen pun. Tak susah nak senyum. Ia jadi susah sebab anda anggap senyum tu susah.
Kata Dr Fadzilah Kamsah, orang lelaki lagi hensem kalau minum Kopi Cap Kapal Api.. tak tau le saya ape maknanya tu..
Bagi kakak-kakak, macik-macik semua, ngam kalau jadi “penyenyum” ni, manis dan seindah suria.. silap hari bulan tetiba orang beratur nak minta autograph. Kan ok apa..
Biarlah niat ikhlas kalau senyum ni. Senyum juga boleh membantu meringankan tekanan orang lain, cuba hampiri dia dan senyum padanya, konpom, dia reda punya.