Wednesday, October 14, 2009

Kekurangan sebagai kekuatan

Biasanya, apabila melihat orang lain yang lebih bijak, lebih cantik, lebih bahagia dan lebih sempurna dari kita, kita cenderung untuk merasa 'kecil', rendah diri dan tak setanding orang lain. Perasaan begitu sebenarnya adalah negatif. Anda haruslah menjadikan kekurangan dan kelemahan anda sebagai kekuatan anda. Jadikan kekurangan anda sebagai sebagai pembakar semangat untuk terus memajukan diri.

Mungkin mereka hebat hari ini, tapi tak semestinya mereka akan tetap hebat esoknya. Hidup ini penuh dengan kemungkinan dan berpusing seperti roda, kadangkala kita di atas, dan kadangkala di bawah. Untuk terus berada di atas, kita perlulah sentiasa belajar, menggali ilmu dan menambah kemahiran sepanjang masa. Kita juga perlu mengenal pasti semua kekurangan dan kelemahan diri dan menerokai kekuatan sendiri.

Janganlah anda merasa rendah diri dan terlalu risau dengan kelebihan orang lain kerana anda hanya perlu fokus kepada diri sendiri dan jangan terlalu kisahkan orang lain. Letakkan matlamat untuk diri anda dan jangan fokus untuk bersaing, tapi fokuskan untuk mencapai matlamat anda. Anda akan nampak kemajuan dalam diri sebagai kesannya.
Moga tips ini memberi semangat buat anda.

No comments:

Post a Comment